Sunday, October 12, 2008

9. Rancangan Pelajaran Harian

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Tahun : 2 Arif

Tarikh : 9 Jun 2008

Masa : 60 Minit

Bilangan Murid : 40 Orang

Tajuk : Kebersihan Makanan

Objektif : Pada semasa atau akhir pengajaran, murid dapat :

i. Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.

ii. Menjawab dua daripada tiga soalan pemahaman berkenaan tajuk.

iii. Mengisi tempat kosong dengan menggunakan penjodoh bilangan dengan betul.

Fokus Utama:

5.1 Membaca kuat teks puisi dan prosa dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.

Fokus Sampingan:

8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.

9.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar atau dibaca.

Kemahiran Bahasa :

Mendengar dan Bertutur, Membaca dan Menulis.

Sistem Bahasa :-

Tatabahasa : Penjodoh bilangan (kata ganda), binaan ayat.

Pengisian Kurikulum :-

Ilmu : Sains

Nilai Murni : Berhati-hati, saling ingat-mengingati, prihatin

Kemahiran Bernilai Tambah :-

Kemahian Berfikir

- menjawab soalan berdasarkan petikan

- mengaitkan punca

Belajar Cara Belajar

- membaca intensif

Kajian Masa Depan

- menjangka akibat

- membuat ramalan

Pembelajaran Kontekstual

- mengaitkan isi pengajaran dengan kehidupan seharian

- menghubungkaitkan pengetahuan baru

ISI PELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN

Soalan :-

-Adakah anda bersarapan pada pagi tadi?

-Apakah menu sarapan anda?

-Pada pendapat awak, apakah menu makanan yang berkhasiat?

-Apakah yang terjadi jika makanan dalam gambar ini tercemar?

Set Induksi (5 Minit)

i. Guru bersoal jawab dengan murid.

ii. Guru memaparkan gambar makanan sambil bersoal jawab kepada murid.

BBM:-

Gambar Makanan

KB :-

-membuat ramalan

-menjangka akibat

Perkataan :-

- dimansuhkan

- penyakit

- pemeriksaan

- tercemar

- senaman

Langkah 1 (10 Minit)

i. Guru mengedarkan petikan dan meminta murid menyemak petikan tesebut.

ii. Guru memaparkan kad perkataan dan meminta murid mengajuk sebutan tersebut.

iii. Guru mengeja perkataan tersebut dan murid mengikutinya.

BBM:-

Kad Perkataan

Pernyataan:-

i. Lima orang murid telah diserang demam panas.

ii. Penyakit mereka berpunca daripada nasi lemak dan kuih.

iii. Mereka diserang cirit-birit dan muntah-muntah sebelum makan nasi lemak.

Langkah 2 (10 Minit)

i. Murid-murid mengikut guru membaca petikan tersebut dengan bacaan kuat.

ii. Beberapa orang murid telah dipilih untuk membaca petikan tersebut dengan kuat.

iii. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan petikan tersebut.

iv. Guru memaparkan kertas sebak yang mengandungi pernyataan berhubung petikan.

v. Murid-murid diminta memastikan pernyataan itu benar atau salah.

BBM – Kertas Sebak

Borang grafik

BCB – Membaca intensif

Soalan:-

-Berapakah jumlah murid yang telah dimasukkan ke hospital?

-Mengapakah mereka dimasukkan ke hospital?

-Apakah punca mereka diserang penyakit tersebut?

Langkah 3 (10Minit)

i. Berdasarkan daripada buku teks, murid diminta menjawab soalan pemahaman.

KB -

Menjawab soalan berdasarkan petikan.

Penjodoh Bilangan :-

Lima orang

Bungkus

Keping

Langkah 4 (20 Minit)

i. Murid dibahagi kepada beberapa kumpulan.

ii. Setiap kumpulan diminta mencari penjodoh bilangan yang terdapat dalam petikan.

iii. Meminta murid menukar jawapan antara kumpulan untuk disemak.

iv. Guru memaparkan jawapan yang betul kepada murid.

v. Murid menyemak jawapan daripada jawapan yang diberikan.

BBM –

Kertas Sebak

Sistem Bahasa – Penjodoh bilangan.

BCB –

Mencari penjodoh bilangan dalam petikan.

Soalan :-

Apakah pengajaran yang kamu perolehi daripada pelajaran tadi?

Kerja Rumah :-

(Lampiran)

Penutup (5 Minit)

i. Murid diminta menyatakan pengajaran dalam cerita tadi.

ii. Guru menyuruh murid menyenaraikan penjodoh bilangan yang dipelajari.

iii. Guru memberikan kerja rumah kepada murid.

Nilai Murni :-

Berwaspada

Penjodoh Bilangan :-

Keping,orang, bungkus

No comments: