Saturday, October 11, 2008

8. Penyediaan Makanan Yang Selamat

PERSEDIAAN MAKANAN

Ø Basuh tangan semasa menyentuh bahan mentah

Ø Mengendalikan bahan buangan dan sampah

Ø Kerja-kerja pembersihan

PERSEDIAAN MAKANAN BERISIKO TINGGI

Ø Makanan yang telah dimasak atau bahan mentah perlu diasingkan menggunakan peralatan yang berasingan

Ø Daging mentah dan yang telah dimasak perlu diasingkan

Ø Masak makanan dalam tempoh masa yang disyorkan

SEMASA MEMASAK MAKANAN

Ø Pastikan makanan dimasak sehingga ke bahagian dalam

Ø Termometer yang digunakan untuk menyukat suhu perlu dibersihkan dahulu

SEMASA MERASA MAKANAN

Ø Jangan gunakan jejari untuk merasa makanan. Gunakan sudu yang bersih dan jangan diguna semula

PENYEJUKAN MAKANAN

Ø Makanan hendaklah disejukkan dengan cepat jika ia tidak dimakan dengan segera

Ø Jangan masukkan makanan panas terus ke dalam peti sejuk

Ø Simpan makanan pada suhu 5°C ke bawah bagi makanan yang mudah rosak

PENYAJIAN MAKANAN

Ø Makanan yang disajikan perlu ditutup untuk mengelakkan dari dicemar

Ø Makanan yang panas perlu sentiasa dipanaskan pada suhu melebihi 63°C

CARA-CARA MENGELAKKAN KONTAMINASI SEMASA PENYAJIAN

Ø Pelanggan tidak boleh mengendalikan makanan berisiko tinggi yang tidak berbungkus sebelum membelinya

Ø Pengendali makanan perlu menggunakan alat yang sesuai untuk mengambul makanan

Ø Jika menggunakan alat penimbang, alaskan alat tersebut dengan kertas kalis minyak atau plastik politena atau dalam bekas yang sesuai

Ø Makanan mesti ditutup untuk mengelakkan pencemaran

Ø Pengendali makanan tidak sepatutnya mengendalikan wang pembayaran

Ø Haiwan tidak dibenarkan memasuki kawasan persekitaran

No comments: