Saturday, October 11, 2008

6. Cara-Cara Mengelakkan dari Keracunan Makanan


Dapatkan bahan mentah dari sumber yang dijamin kebersihannya

2. Mengelakkan kontaminasi dengan :

Ø Menutup makanan

Ø Meminimumkan persentuhan dengan makanan

Ø Memastikan makanan mentah dan yang dimasak diasingkan

Ø Membuang sampah dengan sempurna

Ø Mengelakkan haiwan peliharaan dan perosak dari persekitaran kerja

Ø Memastikan tempat persekitaran kerja dan pekerja sentiasa bersih

Ø Mengutamakan sifat-sifat kerja yang baik dan bersih

3. Mengelakkan pertumbuhan bakteria dengan :

Ø Menggunakan hanya sekali sahaja peralatan memasak dan kemudian dibasuh dengan sempurna

Ø Basuh dan keringkan permukaan yang sering digunakan semasa bekerja

Ø Gunakan kain pengelap yang pakai-buang

Ø Gunakan peralatan yang berbeza untuk makanan yang mentah dan yang telah dimasak

MENGELAKKAN PERTUMBUHAN BAKTERIA

A. KESAN SUHU KEPADA PERTUMBUHAN BAKTERIA

Ø Suhu yang rendah akan melambatkan pertumbuhan bakteria

Ø Suhu yang panas akan memusnahkan kebanyakan bakteria

Ø Suhu yang sederhana adalah membahayakan :

Þ Apabila ia dibiarkan pada suhu bilik

Þ Apabila ia dipanaskan dengan perlahan

Þ Apabila ia disejukkan dengan perlahan selepas masak

Þ Apabila ia dibiarkan terdedah

Þ Apabila makanan panas dituangkan kepada makanan yang sejuk

B. CARA-CARA MENGELAKKAN BAHAYA PENCEMARAN MAKANAN

Ø Elakkan makanan terdedah pada suhu bilik. Pastikan makanan disimpan sejuk atau dipanaskan

Ø Simpan makanan pada suhu yang cukup rendah untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria

Ø Sejukkan makanan sepenuhnya dalam masa satu setengah jam sebelum dimasukkan dalam peti sejuk

Ø Pastikan makanan yang disajikan adalah panas sepenuhnya dan cuba sediakan makanan sebaik sahaja sebelum disajikan

C. MASA

Ø Jangkamasa pendedahan makanan kepada suhu bilik akan mempercepatkan pertumbuhan bakteria

Ø Gunakan makanan mentah secepat mungkin

Ø Masak makanan sebaik sahaja sebelum disaji

Ø Jika terdapat makanan yang berlebihan, simpan pada suhu rendah. Jika makanan dipanaskan semula, ia hendaklah dipanaskan sepenuhnya

Ø Jika makanan sejukbeku dibiarkan mencair, ia tidak sepatutnya dimasukkan semula ke dalam peti sejuk

D. CARA PEMASAKAN/PEMPROSESAN

Ø Cairkan makanan sejukbeku sepenuhnya sebelum masak

Ø Masak makanan dalam masa yang cukup

SEBAB-SEBAB KERACUNAN MAKANAN

1. Makanan disediakan lama sebelum masa penyajiannya

2. Makanan disejukkan dalam masa yang lambat

3. Makanan yang dipanaskan semula tidak cukup panas

4. Pelanggan makan makanan yang telah dicemari oleh bakteria penyebab keracunan makanan

5. Makanan tidak dimasak dengan betul

6. Ayam tidak dicairkan secukupnya

7. Makanan yang telah dimasak terkontaminasi silang oleh makanan yang mentah

8. Makanan panas disimpan pada suhu yang kurang daripada 63°C

9. Pengendali makanan menyebabkan kontaminasi makanan

10. Makanan yang berlebihan digunakan semula dalam masakan

No comments: