Saturday, October 11, 2008

5. Bagaimana Makanan Dicemari


A. MANUSIA

Ø Telinga, hidung mengandungi bakteria

Ø Batuk dan bersin boleh menyebarkan penyakit

Ø Tangan (terutama di bawah kuku) mengandungi bakteria

Ø Rambut-kelemumur dan bakteria yang jatuh dari kepala

Ø Kerengsaan atau luka pada kulit yang disebabkan oleh bakteria

Ø Tidak mencuci tangan selepas keluar dari tandas

B. UDARA

Udara akan membawa bakteria yang akan mencemari makanan yang tidak bertutup

C. MAKANAN MENTAH

Ø Daging mentah dan jus daging

Ø Salmonella yang terdapat pada ayam mentah

Ø Sayur-sayuran yang mempunyai bakteria dari tanah

Ø Ikan mentah yang telah busuk

Ø Kerang dan makanan laut lain yang diambil berdekatan dengan air yang tercemar

D. HAIWAN

Ø Haiwan peliharaan seperti ayam, kucing dan anjing

Ø Haiwan perosak seperti tikus, lipas, kumbang dan lalat

E. SAMPAH

Ø Sampah dari dapur yang mengandungi makanan yang telah rosak

Ø Sampah yang dibiarkan terbuka yang menarik lalat

F. KOTORAN DAN HABUK

Ø Kotoran dari tanah, kulit mati dan partikel kecil yang lain yang melekat pada kasut, lantai dan sabagainya

G. AIR

Ø Air yang kotor dan bermendakan

BAGAIMANA BAKTERIA MENCEMARI MAKANAN

A. PERSENTUHAN TERUS

Bakteria dibawa dari satu makanan ke makanan lain apabila bersentuhan secara terus

B. KONTAMINASI SILANG

Persentuhan makanan dengan :

Ø Bekas penyimpan

Ø Peralatan

Ø Tangan

Ø Permukaan makanan

Ø Papan pemotong

C. KONTAMINASI FIZIKAL

Persentuhan makanan dengan :

Ø Kemasukan bahanasing semasa memproses makanan, contohnya batu

Ø Peralatan pemprosesan makanan, contohnya paku dan skru

Ø Bahan semulajadi semasa penyediaan makanan, contohnya batu dan tulang

Ø Pengendali makanan, contohnya barang kemas, duit, plaster, puntung rokok

D. KONTAMINASI KIMIA

Ø Racun perosak

Ø Cecair pencuci dan peluntur

Ø Sesetengah bekas plastik penyimpan makanan yang membebaskan bahan kimia yang toksik

No comments: