Sunday, October 12, 2008

10. Pengajaran Bahasa Melayu

KEBERSIHAN MAKANAN

Baca Petikan di Bawah

Seramai lima orang murid telah dimasukkan ke sebuah hospital baru-baru ini. Mereka dimasukkan ke hospital kerana muntah-muntah dan cirit-birit. Mereka mendapat penyakit tersebut setelah makan beberapa bungkus nasi lemak dan beberapa keeping kuih. Menurut pemeriksaan doktor, setelah diuji, didapati makanan tersebut telah tercemar.

a. Baca petikan di atas secara kuat dengan sebutan dan intonasi yang betul

b. Baca secara senyap pula. Jelaskan maklumat yang ingin disampaikan

c. Cari penjodoh bilangan yang terdapat dalam petikan di atas

d. Berdasarkan daripada buku teks, murid diminta menjawab soalan pemahaman:-

i. Berapakah jumlah murid yang telah dimasukkan ke hospital

ii. Mengapakah mereka dimasukkan ke hospital?

iii. Apakah punca mereka diserang penyakit tersebut?

Kerja Rumah

1. Baca petikan ini dengan teliti dan kesan jawapan yang betul dengan membulatkan jawapan di dalam kurungan.

Amalkan tabiat pemakanan yang (sihat , kotor). Kita dapat hidup dengan sihat jika kita (menunjukkan , mengamalkan) tabiat pemakanan yang baik. Kita perlu (mengurangkan , menanbahkan) pengambilan makanan yang (manis , pahit) seperti kek, coklat dan gula-gula. Kurangkan juga (minum , makan) makanan yang masin dan banyak mengandungi lemak seperti makanan bergoreng dan bersantan. Kita juga hendaklah (menyimpan , mengambil) makanan yang seimbang.

2. Pilih jawapan Yang Betul. Kemudian, Salin Petikan di Atas Semula.

3. Kenal pasti tiga perkara yang tidak harus kita amalkan dalam tabiat pemakanan. Kemudian, tulis dalam satu perenggan.

No comments: